Radio Online Fm

Loading ...

Tentang Kami

Kepada Sahabat-Sahabat Ciputfm Anda Boleh Mendengar Lagu Lagu Kegemaran Anda Disini Sambil Berbual Mesra Dengan Sahabat Sahabat Ciputfm di chatbox kami..Buat masa sekarang kami bersiaran tanpa DJ.. Kepada Sahabat-Sahabat Yang Ingin Mengiklankan Barangan Jualan Anda Bolehlah Menghantar Email Kepada Kami Beserta Gambar Dan Maklumat-Maklumat Barangan Dan No Telefon Untuk Dihubungi...Semuanya secara Percuma..(Iklan Percuma..Barang kena beli lah ye):) Email Kami : ciputbizz@yahoo.com

Chatbox

Friday 25 January 2013

Selamatkan Syria

syiria


Penghujung tahun lepas, dua rakyat Syria telah mati apabila dibom oleh rejim tentera di negara itu.
Akibat dari bedilan bom yang bertubi-tubi, penduduk di Tariq Sad, Balad, wilayah Dara’a telah menanam dua mayat yang terkorban itu iaitu, Anas Musalimah dan Walid ‘Ayash secara ala-kadar di kawasan perkampungan itu.
Selepas keadaan di kampung itu kembali tenang dan tidak ada lagi bedilan bom, mereka berniat mahu mengambus kembali dua mayat tersebut.
Serta, mahu menyempurnakan kedua-dua mayat dengan betul dan mengikut syariat Islam.
Tanpa diduga, orang-orang kampung yang menggali semula kubur mayat-mayat itu terkejut.
Subhanallah! Allahuakbar!
Allah S.W.T itu Maha Besar, Maha Berkuasa.
Mayat Allahyarham Anas dan Walid masih lagi dalam keadaan elok dan baik meski pun sudah beberapa hari ditanam.
Lebih menunjukkan kuasa dan keberasan Allah S.W.T, mayat mereka mengeluarkan bau yang terlalu harum dan wangi.
Ternyata, itu janji Allah S.W.T kepada hamba-hambanya yang teraniya.
Sesungguhnya, Allah S.W.T itu Maha Adil, Maha Mengetahu dengan setiap perkara yang terjadi di muka bumi ini.
Yang pasti, Anas dan Walid sudah pun menerima balasan yang terlalu indah dari Allah S.W.T.
Apatah lagi, pastinya Allah S.W.T memberikan ganjaran syurga kepada mereka berdua di akhirat kelak.
Allahuakbar…
Dari Qatadah yang berkata: Saya mendengar Anas bin Malik menyampaikan dari nabi saw yang bersabda:“Tiada seorangpun yang dapat memasuki syurga melainkan ia suka dikembalikan ke dunia.
Baginya tiada satupun yang bermakna di muka bumi selain dari mati syahid. Oleh kerana itu ia mengharapkan dapat kembali ke dunia supaya ia dibunuh sepuluh kali setelah mengetahui kemuliaan (mati syahid)”. (Sahih Muslim No. 4976)
“Barangsiapa yang mengerjakan amal yang saleh Maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, Maka (dosanya) untuk dirinya sendiri; dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya”. (Fussilat: 46)
Oleh: NAIMAH SHAARI

Wednesday 23 January 2013

Asal Usul Sambutan Maulidur Rasul

Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidakpernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda. 

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kearah menyedarkan umat Islam kearah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah. 

Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.

Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.

Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.

Saturday 19 January 2013

Siapakah Yang Kerap Menziarahi Kita?

Assalamualaikum


Kematian adalah suatu pengalaman yang wajib ditempuhi oleh setiap manusia. Ianya tidak kira dari golongan mana, agama atau martabat. Cuma kita tidak tahu bilakah ajal atau kematian akan tiba. Tahukah korang setiap hari siapa yang paling kerap menziarahi tanpa kita sedar?
Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.
 Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail. Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.
Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.
P/s: Semoga bermanfaat.
Sumber:Penmerah.com




12 JENIS MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W.

Assalamualaikum rakan rakan ciputfm/ciputbizz





Kali ni kami nak berkongsi dengan korang 12 Jenis Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah S.A.W. tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau ikut diet Rasullullah ini, korang takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
1. Barli : Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma : Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin: Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur : Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu: Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis): Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu : Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan: Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun: Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima: Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka: Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air: Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat


Sumber dari:penmerah.com

www.ciputfm.blogspot.com

Sunday 13 January 2013

Sabun Pencuci Baju


Sabun Pencuci Baju Lessive botol 10 liter harga RM35.00.Juga terdapat dalam botol 5 liter harga RM19.90 Harga boleh dirunding ..kepada yang berminat sila hubungi En Mazlan 013-9141011 . Pengedar diperlukan.

Monday 10 December 2012

Dj Toyol Menabung :)

 DJ Toyol sedang memasukkan wang derma untuk Tabung Palestin. -Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima-.Sebab tu DJ Toyol ambik gambar tangan aje....hehehe.




Kempen 1 bulan 1 kali derma

Allah SWT telah mengurniakan keamanan dan rezeki yang melimpah ruah kepada rakyat Malaysia. Namun begitu, janganlah kita lalai kerana salah satu tanah suci kita SEDANG diceroboh dan dicemari penjajah Israel. Semua kekayaan, keamanan dsb yang kita kecapi hari ini akan dipersoalkan Allah SWT diakhirat kelak. Tidak malukah kita dihadapan Allah SWT nanti? Oleh itu saya menyeru diri saya dan saudara saudari sekalian untuk menanam azam untuk mederma ke Palestin melalui Aman Palestin sebulan sekali (lebih baik jika lebih kerap). Tidak kiralah RM100, RM50, atau 1 sen sekalipun, dengan hati yang ikhlas, InsyaAllah kita akan mendapat keberkatan darinya. Kenapa 1 bulan 1 kali derma, tidak sekali gus sahaja? Ini untuk melatih diri supaya sentiasa terus-menerus mengingati dan memperjuangkan agama kita dan juga krisis di Palestin. Ingatlah, apabila kita mati, semua harta benda di dunia kita akan tinggalkan. Yang dibawa hanyalah amal jariah



Recent Post

Ciputfm / Ciput Bizz